Showing posts with label planlulus.com arkitek pelukis pelan. Show all posts
Showing posts with label planlulus.com arkitek pelukis pelan. Show all posts

Tuesday, January 16, 2018

Bayaran Pelukis Pelan Murah Atau Mahal?

Mungkin ramai yg selalu terfikir kenapa upah bayaran pelukis pelan ni mahal. Sbb tu ramai yg ambil jalan mudah utk jimat kos, lukis pelan tanpa kelulusan majlis. Ni ayat2 yg biasa org komplain bab upah lukis pelan ni..

“Mahal sgt la pelan ni..”

“Kenapa lmbt sgt nak siap pelan ni?”

“Lukis2 je pun, bukan susah sgt..”

Utk info, bg klien2 bakal bina rumah.. kalau anda nak ubahsuai rumah atau nak bina rumah ikut citarasa anda, anda perlu melantik pelukis pelan berdaftar atau arkitek bertauliah utk mendapatkan kelulusan PBT. Bila dah dapat kelulusan PBT tu baru la anda boleh guna pelan rumah tu dan beri kpd kontraktor utk menjalankan kerja2 pembinaan di tapak rumah anda..

Bukan mudah tau nak lukis pelan ni..

HASIL KERJA – Nak lukis pelan ni bkn boleh suka2 je. Nak cari idea tu bkn boleh turun dlm sesaat. Nak2 lg utk penuhi citarasa klien yg bermcm2 jenis. Hasil usaha nak menuntut ilmu ni memakan masa bertahun2..
KOS BELAJAR – Kos belajar masa zaman university dulu bukannya murah. Kalau tak perasan, kos seni bina ni antara yg termahal yurannya. Bukan sikit2 tau.
MASA YANG DIPERUNTUKKAN – Nak lukis bkn sekejap. Makan masa berjam2, kdg berpuluh2 jam utk adjust dan reka pelan yg terbaik utk klien. Kena menghadap computer berjam2 utk siapkan. Bila kena kejar dateline, lg la leceh. Waktu tidur tu boleh dikira dgn jari. Kalau upah yg partimer, lg la masa mereka terhad.
KOS PRINTING PELAN – Kos printing pelan yg semakin mahal. Bkn guna kertas A4 biasa2 tu..
KOS SAMPINGAN – Belum lg dicampur dgn kos2 sampingan mcm minyak petrol, runner, elektrik, komputer yang berspesifikasi tinggi dan lain2 lg..
Percayalah apa yg anda bayar, itu sudah berbaloi dgn hasilnya.

SHARE kalau setuju!
Cnp

Thursday, December 15, 2016

Kursus Pendek Asas Pelukis Pelan

Kursus Pendek Asas Pelukis Pelan

Kursus Asas Pelukis Pelan ini merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan lukisan seni bina. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.

Pelajar dalam kursus ini juga akan dilatih sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja seni bina (Architectural working drawing) , membuat lukisan bagi kerja tambahan/pengubahsuaian bangunan kecil , menggunakan pelbagai teknik rendering , pembuatan model serta memahami dan mentafsir peraturan kecil bangunan.

Modul-modul di bawah Kursus:

Lukisan Geometri Senibina:

Modul ini akan memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep dan kategori setiap jenis lukisan.

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam:

Modul ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan.

Lukisan Kerja:

Modul ini mengandungi 2 tahap iaitu Lukisan Kerja 1 dan 2. Lukisan Kerja 1 memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan.

CADD :

Modul ini mengandungi 2 tahap iaitu CADD 1 dan 2. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina. CADD 2 mengandungi perintah CADD dalam 2 dimensi sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja (working drawing).

www.PlanLulus.con

Tuesday, July 12, 2016

Pelan Lulus Renovasi MBJB, MPJBT, MPKu, MDP, MDKT

Buatlah permohonan kelulusan pelan daripada PBT untuk mengelakkan pelbagai masalah di kemudian hari. Kami sedia membantu. Terima kasih.
Whatsapp 0127030669