Thursday, December 15, 2016

Kursus Pendek Asas Pelukis Pelan

Kursus Pendek Asas Pelukis Pelan

Kursus Asas Pelukis Pelan ini merupakan satu kursus kemahiran di dalam menyediakan lukisan seni bina. Pelajar akan didedahkan kepada teknik menghasilkan lukisan kerja yang mematuhi undang-undang Kecil Bangunan Seragam yang boleh dijadikan rujukan dalam proses rekabentuk sesebuah bangunan.

Pelajar dalam kursus ini juga akan dilatih sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja seni bina (Architectural working drawing) , membuat lukisan bagi kerja tambahan/pengubahsuaian bangunan kecil , menggunakan pelbagai teknik rendering , pembuatan model serta memahami dan mentafsir peraturan kecil bangunan.

Modul-modul di bawah Kursus:

Lukisan Geometri Senibina:

Modul ini akan memberi pendedahan dan kemahiran asas dalam lukisan senibina. Pelajar akan didedahkan kepada jenis-jenis garisan dan penghurufan dalam lukisan disamping mengetahui konsep dan kategori setiap jenis lukisan.

Undang-undang Kecil Bangunan Seragam:

Modul ini memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar berkenaan undang-undang berkaitan yang perlu dipatuhi dalam menyediakan lukisan. Penekanan akan diberi kepada kehendak perancangan seperti yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Undang-undang Bangunan.

Lukisan Kerja:

Modul ini mengandungi 2 tahap iaitu Lukisan Kerja 1 dan 2. Lukisan Kerja 1 memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang penyediaan lukisan kerja untuk projek pembinaan.

CADD :

Modul ini mengandungi 2 tahap iaitu CADD 1 dan 2. Pelajar akan diperkenalkan kepada CADD, kepentingan dan aplikasi CADD dalam kursus seni bina. CADD 2 mengandungi perintah CADD dalam 2 dimensi sehingga dapat menghasilkan lukisan kerja (working drawing).

www.PlanLulus.con

1 comment: