Monday, March 4, 2019

Rumah Teres berstatus STRATA

Pernahkah anda tahu ada segelintir pemaju yang membina dan menjual rumah teres berstatus Geran Tanah Strata?

Kini banyak pemaju yang menggunakan konsep ini terutama di sekitar Johor Bahru.

Tahukah anda kenapa pemaju menggunakan konsep strata ini?
Pemaju tidak perlu membuat tukaran syarat tanah daripada saiz lot tanah yang besar dan dipecahkan menjadi geran individu yang kecil. Ini amat menjimatkan mereka.

Apakah impak kepada pembeli jika membeli rumah berstatus strata ini? Anda mempunyai rumah yang berkonsep geran yang sama jika anda membeli satu unit pangsapuri (apartment) di tengah-tengah kawasan bandar.

Jika anda mahu membuat renovasi rumah ini, seperti biasa anda perlu mengikut undang-undang bangunan seragam yang sedia ada dan ada sedikit perbezaan yang menjadi syarat utama.

Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan bangunan dikawasan anda. Sila bincang dengan baik bersama mereka tentang perkara ini dan hubungi Pelukis Pelan Bangunan atau Arkitek untuk membantu anda.

- PlanLulus.com

2 comments:

  1. Is this Pahang property also entitled to Strata title? How to check?

    ReplyDelete
  2. AS STATE IN YOUR LAND TITLE (AT LAND OFFICE)
    ALSO CAN REFER TO BUILDING MANAGEMENT OFFICER

    ReplyDelete